Saturday, March 25, 2023
Anwar Ibrahim
  • Home
  • Profile
  • Latest News
en_US English
en_US English ms_MY Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Profile
  • Latest News
No Result
View All Result
Anwar Ibrahim
No Result
View All Result

Anwar, PM India bincang kerjasama 2 hala

January 16, 2019
in International, News
0
Anwar, PM India bincang kerjasama 2 hala
0
SHARES
1.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi hari ini, antara lain membincangkan mengenai kerjasama 2 hala dan serantau.

“Kedua-dua pemimpin membincangkan perkara membabitkan kepentingan 2 hala, serantau dan global,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Turut serta dalam pertemuan itu Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Edmund R Santhara Kumar.

Terdahulu pada Rabu Anwar mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar India, Sushma Swaraj dan presiden parti pembangkang, Parti Kongres, Rahul Gandhi.

Ketika ditemui Bernama, presiden PKR itu berkata Swaraj membangkitkan isu mengenai kira-kira 400 pendatang tanpa izin India yang ditahan di Malaysia dan meminta mereka dibebaskan atas dasar kemanusiaan.

Anwar berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

“Pemimpin India, di pihak kerajaan mahupun pembangkang, kelihatan amat positif mengenai hubungan perdagangan, pelaburan, pendidikan dan kebudayaan dengan Malaysia. Saya berbincang dengan Perdana Menteri Modi bagaimana kerjasama boleh diperluaskan lagi,” kata Anwar.

Permintaan India untuk pendakwah Zakir Naik diekstradisi turut dibangkitkan semasa pertemuan dengan Modi.

Jelas Anwar, Malaysia terikat dengan prosedur dan proses undang-undang.

Related Posts

Sabah perlukan bantuan kecemasan segera – Anwar Ibrahim
Local

Sabah perlukan bantuan kecemasan segera – Anwar Ibrahim

October 20, 2020
Anwar slams global rise of jingoism, xenophobia
Local

Anwar slams global rise of jingoism, xenophobia

January 16, 2019
Anwar reiterates no issue between Dr Mahathir and him on transition of power
Local

Anwar reiterates no issue between Dr Mahathir and him on transition of power

January 16, 2019
Load More
Next Post
Sabah perlukan bantuan kecemasan segera – Anwar Ibrahim

Sabah perlukan bantuan kecemasan segera - Anwar Ibrahim

Discussion about this post

Popular News

  • Sabah perlukan bantuan kecemasan segera – Anwar Ibrahim

    Sabah perlukan bantuan kecemasan segera – Anwar Ibrahim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anwar, PM India bincang kerjasama 2 hala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anwar slams global rise of jingoism, xenophobia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anwar reiterates no issue between Dr Mahathir and him on transition of power

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

By Categories

  • International
  • Local
  • News
Official Website of Anwar Ibrahim

Memperkasa Reformasi, Memaknai Demokrasi

Recent News

  • Sabah perlukan bantuan kecemasan segera – Anwar Ibrahim
  • Anwar, PM India bincang kerjasama 2 hala

Our Social Media

  • Home
  • Profile
  • Latest News

© 2019 AnwarIbrahim.com @ Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Home
  • Profile
  • Latest News

© 2019 AnwarIbrahim.com @ Hak Cipta Terpelihara


Instagram Anwar Ibrahim Twitter Anwar Ibrahim Youtube Anwar Ibrahim Facebook Anwar Ibrahim